Assalamualaikum wbt...
Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
bermulalah aktiviti luar bilik darjah yang pertama bagi sesi 2014
iaitu TERAPI BERKUDA.
Terapi berkuda ini dijalankan pada 18 Februari 2014
bertempat di Kelab Berkuda Taman Tasik Titiwangsa.
![]() |
| Beratur untuk mengambil giliran |
![]() |
| Setiap murid diberi peluang menunggang kuda |
![]() |
| "Bestnya naik kuda" bak kata Azizul |
![]() |
| Ayah Afiq turut menyertai aktiviti luar |
Kenapa mesti buat Terapi Berkuda?
(mesti ada yang ingin bertanyakan)
Antara objektif Terapi Berkuda ini dilaksanakan ialah:
- Mendedahkan murid dengan persekitaran luar;
- Melatih murid berdikari dan menyesuaikan diri;
- Memberi pendedahan dan pengalaman baru tentang asas menunggang kuda;
- Memupuk sifat berani, yakin, dan menyayangi haiwan; dan
- Melatih diri mereka untuk berdisplin, mematuhi arahan, bersabar dan mengawal emosi.
Home









No comments:
Post a Comment